PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4
Monday 14 January 2013 // 0 comment(s)





 .   
MATLAMAT     
Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah atas

OBJEKTIF       
Program ini diharap:     
ü  Murid dapat menyesuaikan diri dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial untuk meneruskan persekolahan di peringkat menengah atas.
ü  Murid mendapat pendedahan mengenai kurikulum mengikut pakej memilih mata pelajaran
ü  Murid dapat meneroka maklumat personaliti dan kerjaya diri dengan lebih jelas
ü  Murid mendapat pendedahan tentang kaedah penggredan dan penekanan utama dalam pensijilan terbuka

ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid,
SMK Convent Sentul


SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 4 sesi 2013


TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 02 Januari 2013
Masa      : 8.15 Pagi – 11.15 Pagi
Tempat : Dewan SMK Convent Sentul

PERSONALIA  
ü  Guru Kanan
ü  Pn. Madiha Sarah Aisyah Binti Mansor
ü  Pn. Nor Haizan Binti Embong
ü  Pn. Rozilawati Binti Mahmod
ü  Pn. Mastura Binti Mohamad
ü  Pn. Hanimah Binti Masri

PENGISIAN PROGRAM
ü  Aluan Pengerusi Majlis
ü  Taklimat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling oleh Pn. Madiha Sarah Aisyah Binti Mansor
-Pendedahan mengenai pakej-pakej yang ditawarkan di Tingkatan 4
-Kecenderungan pemilihan pakej mata pelajaran
-Aspek personaliti dalam menentukan hala tuju masa depan
ü  Taklimat dari Unit Disiplin oleh Pn. Mastura Binti Mohamad
ü  Taklimat mata pelajaran dari guru-guru kanan mata pelajaran
ü  Taklimat mata pelajaran Pembahagian kelas Tingkatan 4
ü  Agihan buku teks Tingkatan 4

PENILAIAN / CATATAN           
ü  Murid-murid kelihatan sangat teruja memasuki alam baru di Tingkatan 4
ü  Murid-murid mendengar taklimat dengan teliti dan penuh perhatian

1  PENUTUP
Semoga apa yang telah dijalankan ini mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada mereka yang sudi memberi kerjasama ke arah menjayakan program ini.

   

Post a Comment