PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG
Tuesday 15 January 2013 // 0 comment(s)


MATLAMAT 

Ia adalah program yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan di sekolah dan bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya  dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa seterusnya menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

OBJEKTIF    

Objektif pelancaran pelaksanaan Sekolah Penyayang adalah;

agar warga sekolah menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru dan murid,

agar warga sekolah menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada  sekolah,

agar warga sekolah menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, dan

agar warga sekolah menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, SMK Convent Sentul


SASARAN

Semua warga sekolah


TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh                          : 8 Januari 2013
Masa & Tempat          : 7.20 Pagi – 7.40 Pagi (Sesi Pagi)
                                        Gelanggang, SMK Convent Sentul
                                        1.00 Petang – 1.20 Petang (Sesi Petang)
                                         Dewan, SMK Convent Sentul


PERSONALIA          

Pn. Tan Tee Hwa (Perasmi Program)
Pn. Madiha Sarah Aisyah Binti Mansor (Sesi Pagi)
Pn. Halwatul Raudha Binti Abd. Karim (Sesi Petang)


PENGISIAN PROGRAM

Aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Pelancaran oleh Pengetua, Pn. Tan Tee Hwa
Apakah tanda-tanda SMKCS menyayangi murid-murid?
Kemudahan yang disediakan dan telah diperbaharui
Pentadbir dan guru bertugas menyambut kedatangan murid di pagar setiap hari
Kejutan-kejutan lain akan menyusul kemudian, murid diharap hadir supaya dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan
Pelbagai pendekatan telah diambil supaya menjadi ‘pulling factor’ kepada murid utk hadir ke sekolah
Murid dan guru kelahiran Januari dijemput naik ke platform untuk bersama-sama memotong kek dengan Pengetua
Nyanyian ‘Happy Birthday’ dan potong kek
Murid-murid dan guru-guru kelahiran Januari dijemput makan kek hari lahir pada waktu rehat di platform


PENILAIAN / CATATAN     

Murid-murid gembira dengan sambutan dan sesi potong kek dijalankan
Murid-murid berpendapat bahawa makluman tentang ketidakhadiran dan kehadiran ke sekolah adalah perkara yang agak membosankan
Majlis yang dijalankan adalah ringkas dan cepat untuk mematuhi dasar KPM, Melindungi Masa Instruksional (MMI)

PENUTUP

Matlamat akhir program adalah untuk meningkatkan keseronokan berada di sekolah oleh warga sekolah. Matlamat ini akan tercapai sekiranya semua pihak bersatu dan bekerjasama menjadikan sekolah penyayang sebagai satu disiplin dan matlamat dalam diri setiap individu. Semoga murid dan guru menjadikan sekolah sebuah tempat yang selesa untuk PdP yang berkesan.


Post a Comment